Tiga Beranak Maut Dalam Kemalangan Kereta-Lori Tangki Di Lebuhraya KL-Karak - Berita Jenayah | mStar

Tiga Beranak Maut Dalam Kemalangan Kereta-Lori Tangki Di Lebuhraya KL-Karak

Diterbitkan: Rabu, 16 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sepasang suami isteri yang bertugas sebagai anggota tentera dan anak perempuan mereka terbunuh selepas kereta jenis Perodua Alza yang dinaiki mereka merempuh sebuah lori tangki di KM49.0 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dekat Bukit Tinggi, Rabu.

Ketua Polis Bentong Supt Mohamad Mansor Mohd Nor berkata ketika-tiga mangsa yang meninggal dunia di tempat kejadian ialah pemandu Perodua Alza, Jiman Raup, isterinya Nik Zaieyahaliza Ya, dan anak perempuan mereka berusia dua tahun, Nurul Damia.

Beliau memberitahu Bernama kemalangan berlaku kira-kira pukul 7 pagi apabila kenderaan yang dipandu Jiman dari Terengganu ke Kuala Lumpur bertembung sebuah lori tangki tanpa muatan yang menghala ke Pantai Timur. - BERNAMA

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan