Polis Buru Anggota Keenam 'Geng Ah Fatt'

Diterbitkan: Rabu, 16 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis sedang memburu seorang lagi anggota 'Geng Ah Fatt', iaitu lelaki Indonesia, yang terlibat dalam kes samun sebuah rumah orang kenamaan di Bukit Antarabangsa, Hulu Klang dekat sini Jumaat lepas.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata suspek yang dikenali sebagai Ahmad Mohammed, berusia lingkungan 40-an, itu dipercayai masih berada di sekitar Lembah Klang.

"Kumpulan itu dianggotai enam orang. Suspek pertama ditembak semasa melakukan kes samun di sebuah rumah VVIP di Bukit Tunku di sini pada April tahun lepas manakala empat suspek lagi ditembak mati Jumaat lepas.

"Suspek keenam masih diburu. Jika dapat berkas suspek ini, polis berjaya menumpaskan kumpulan ini dan menyelesaikan lima kes samun rumah VVIP sebelum ini serta dua kes samun di Bukit Antarabangsa baru-baru ini," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini, Rabu.

Pada Jumaat lepas, empat lelaki asing itu ditembak mati di rumah pangsa Program Perumahan Rakyat (PPR) di Hiliran Ampang, dekat sini pada 12.20 tengah hari selepas menyamun rumah orang kenamaan di Bukit Antarabangsa, Hulu Klang kira-kira 3 pagi. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan