Jenice Lee Buat Laporan Polis Terhadap MP Cheras Atas Dakwaan Fitnah

Diterbitkan: Rabu, 16 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Bekas Adun Teratai Jenice Lee (tengah) menunjukan laporan polis terhadap Ahli Parlimen Cheras Tan Kok Wai di Balai Polis Pandan Indah, Rabu. -fotoBERNAMA
Bekas Adun Teratai Jenice Lee (tengah) menunjukan laporan polis terhadap Ahli Parlimen Cheras Tan Kok Wai di Balai Polis Pandan Indah, Rabu. -fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Teratai, Selangor, Jenice Lee Ying Ha pada Rabu membuat laporan polis terhadap Anggota Parlimen Cheras Tan Kok Wai kerana didakwa memfitnah dan mengeluarkan kenyataan tidak benar terhadap dirinya di akhbar.

Beliau membuat laporan di Balai Polis Pandan Indah di sini.

Lee mendakwa kenyataan Tan kononnya pembantunya Lee Hsuan Ba terlibat dalam penyalahgunaan kuasa berkaitan isu tembok keselamatan di Taman Seraya, di sini merupakan satu fitnah.

Beliau mendakwa Tan turut mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah seperti dilaporkan di beberapa akhbar pada 24 dan 25 April lalu yang menuduh dirinya terlibat dalam penyelewengan peruntukan kerajaan negeri di kawasan Sungai Pelek, Selangor.

"Ini merupakan satu fitnah untuk menjatuhkan saya. Saya telah berbincang dengan pihak peguam dan mereka meminta saya membuat laporan polis. Saya minta kes ini dapat disiasat segera kerana ia merupakan perlakuan jenayah yang cuba menjatuhkan reputasi saya," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis itu.

Lee turut menggesa lembaga disiplin DAP mengambil tindakan tegas terhadap Tan bagi segala fitnah yang dilemparkan terhadapnya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan