Rumah MB Perlis Hangus Dalam Kebakaran

Diterbitkan: Ahad, 13 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kediaman Menteri Besar Perlis, Azlan Man di Bukit Persekutuan di sini musnah dalam kebakaran yang berlaku malam Sabtu.

Ketika kejadian pukul 10.30 malam itu, empat anggota keluarganya yang berada di banglo dua tingkat berkenaan berjaya menyelamatkan diri tanpa mengalami sebarang kecederaan.

Menurut Komander Operasi Bomba dan Penyelamat Sentul Zahari Mohamad, ketika kejadian empat bersaudara terbabit berada di tingkat atas rumah sebelum bergegas menyelamatkan diri selepas menyedari ada kebakaran.

Enam jentera bomba bersama-sama 57 anggota dari balai bomba Hang Tuah, Sentul, Taman Tun Dr Ismail dan Seputeh digegaskan ke tempat kejadian sejurus menerima laporan.

"Setibanya di lokasi kami mendapati hampir 60 peratus bahagian dalam rumah telah terbakar berikutan struktur bangunan dan lantai yang diperbuat daripada papan," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Menurutnya api berjaya dikawal setengah jam kemudian, manakala punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Sementara itu di KANGAR, Azlan memberitahu Bernama beliau bersyukur kerana kejadian itu tidak menyebabkan kehilangan nyawa atau kecederaan.

"Saya belum sempat pulang untuk melihat sendiri keadaan rumah, namun dimaklumkan bahagian atas rumah musnah, katanya yang ditemui selepas penyampaian elaun pengerusi dan setiausaha jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung seluruh Perlis.

Katanya, beliau sudah tinggal di rumah itu ketika masih berkhidmat dalam sektor awam.

"Belum pasti bila saya akan pulang untuk melihat rumah kerana jadual tugas saya di sini padat, katanya menambah isteri beliau sudah ke Kuala Lumpur untuk melihat tahap kerosakan dan kerugian yang dialami," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan