Lelaki Warga China Dibunuh, Teman Wanita Parah Ditikam

Diterbitkan: Ahad, 13 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Seorang lelaki warga China dibunuh manakala seorang wanita tempatan, dipercayai teman wanita mangsa, parah ditikam di sebuah rumah di Taman Mawar Indah dekat Triang awal pagi Ahad.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, SAC Mohd Zakaria Ahmad berkata, kejadian itu dipercayai berlaku kira-kira pukul 3 pagi sebelum jiran mangsa memaklumkan polis pada 7.30 pagi.

"Polis bergegas ke lokasi kejadian sebelum menemui kedua-dua mangsa terbaring di ruang tamu dalam keadaan berlumuran darah akibat beberapa kesan tikaman di badan," katanya kepada Bernama pada Ahad.

Bagaimanapun, polis enggan mendedahkan identiti mangsa memandangkan siasatan menyeluruh masih dijalankan.

"Lelaki berusia 30an itu disahkan mati di tempat kejadian manakala teman wanitanya, 30an, kini dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh," katanya.

Mohd Zakaria berkata, polis turut menemui dua kanak-kanak lelaki, dipercayai anak wanita terbabit, yang berusia tiga dan enam tahun dalam rumah berkenaan.

"Kedua-dua kanak-kanak lelaki itu selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya sambil menambah polis kini memburu suspek lelaki berusia 30an, seorang warga Singapura yang juga suami wanita terbabit.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati wanita itu dan suaminya dalam proses perceraian.

"Kami tidak menolak berkemungkinan kejadian ini bermotifkan cemburu. Pihak polis juga mendapat kerjasama Jabatan Imigresen dan pihak berkuasa Singapura dalam usaha memberkas suspek," katanya.

Mohd Zakaria berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan