Jabatan Imigresen P.Pinang Tahan 36 Pati

Diterbitkan: Ahad, 13 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUKIT MERTAJAM: Jabatan Imigresen Pulau Pinang menahan 36 warga asing termasuk tiga yang cuba meloloskan diri dengan memanjat bumbung pangsapuri ala Spiderman dalam Operasi 6P di Taman Pelangi, di sini awal pagi Sabtu.

Ketua Penguatkuasa Jabatan Imigresen negeri Basri Othman berkata mereka yang berusia 20 hingga 50 tahun itu membabitkan warga Indonesia, Nepal, Vietnam dan Myanmar.

"Dalam operasi pukul 12 tengah malam hingga 2 pagi itu kita memeriksa 177 orang dan mendapati 36 daripadanya gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah serta tinggal lebih masa," katanya kepada pemberita, di sini.

Katanya ketika pemeriksaan dari rumah ke rumah itu dilakukan, tiga lelaki warga Indonesia cuba melarikan diri dengan memanjat tangga kecil untuk bersembunyi di bumbung pangsapuri lima tingkat berkenaan, namun berjaya diberkas.

Basri berkata mereka yang ditahan disiasat menurut Seksyen 15 (4) dan Seksyen 6 (3) Akta Imigresen 1959/63.

Katanya pihaknya pernah membuat serbuan di kawasan yang dikenali 'Mini Jakarta' itu berikutan aduan penduduk tempatan yang mendakwa ramai warga asing tinggal di kawasan berkenaan.

"Kebanyakannya merupakan pekerja industri dan flat ini dijadikan sebagai rumah sewa dan asrama oleh majikan mereka," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan