Wanita Antara Tujuh Dicekup Dalam Operasi Anti-Narkotik

Diterbitkan: Sabtu, 12 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LABUAN: Gadis dan wanita antara tujuh orang yang dicekup kerana memiliki dadah dalam operasi antinarkotik yang dijalankan di sini, Khamis

Mereka yang berusia lingkungan 18 hingga 21 tahun itu ditahan dalam satu serbuan polis di sebuah hotel kira-kira 5 petang.

Ketua Polis Labuan Supt Adzhar Othman berkata dalam serbuan itu polis merampas bahan seperti kristal disyaki syabu seberat 5.01 gram.

"Sebelum serbuan itu, pasukan narkotik menahan tiga lelaki, dengan 1.3 gram syabu yang dimasukkan ke dalam dua penyedut minuman, di hadapan sebuah hotel, yang membawa kepada serbuan di hotel terbabit," katanya.

Kesemua mereka akan didakwa mengikut Seksyen 39 A (1), Seksyen 12 (2) dan 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan