Pemuda Maut Terjatuh Dari Tingkat 14

Diterbitkan: Sabtu, 12 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUKIT MERTAJAM: Seorang pemuda maut setelah terjatuh dari tingkat 14 Kondominium Mutiara Perda di sini, selepas bergaduh dengan rakan serumah dalam kejadian pukul 11 malam Jumaat.

Mohd Danial Iqbal Irwanshah, 21, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Menurut pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang ACP Mohd Nasir Salleh, mangsa dipercayai bergaduh dengan rakan serumah mengenai bayaran sewa rumah mereka. "Dia juga turut memukul lelaki itu. Mangsa kemudian mengurung diri di dalam bilik sebelum bertindak terjun melalui tingkap biliknya," kata Mohd Nasir ketika dihubungi Bernama.

Katanya rakan serumah mangsa yang mengalami cedera parah terutama di kepala dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk rawatan lanjut dan keadaannya dilapor stabil. Beliau berkata setakat ini kes disiasat menurut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

Sementara itu, adik mangsa Ien Barsyah, 17, berkata dia dihubungi arwah abangnya pada pukul 9 malam yang meminta bantuan berikutan diserang oleh sekumpulan lelaki semasa berada di rumah sewa berkenaan. "Saya terkilan kerana tidak terus datang ketika arwah abang menghubungi saya dan meminta bantuan, saya ada hal lain ketika itu," katanya ketika ditemui pemberita di rumah mayat HSJ.

Menurutnya dia kemudian ke rumah sewa abangnya selepas urusannya selesai namun mendapati pintu rumah berkunci.

"Kemudian jiran abang beritahu terdengar pergaduhan dari dalam rumah itu serta seorang daripada penghuninya jatuh dari rumah berkenaan," katanya menambah dia kemudian bergegas ke bawah dan mendapati abangnya sudah meninggal dunia. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan