Pelajar Tahun Enam Mati Terjerut Kabel Komputer

Diterbitkan: Sabtu, 12 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA KRAI: Tindakan seorang pelajar Tahun Enam Sekolah Kebangsaan (SK) Bedal di sini memasang jerat ayam menggunakan kabel komputer bertukar tragedi apabila dia mati akibat lehernya terjerut.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Krai DSP Nuruddin Wahab berkata dalam kejadian 9.15 pagi itu, Muhamad Idham Yusuf, 12, ditemui mati tergantung pada alang bumbung bahagian dapur rumah mereka di Kampung Bedal di sini oleh kakaknya.

"Pihak polis menerima panggilan kecemasan pada 10 pagi dan mengklasifikasikan kes ini sebagai mati mengejut, " katanya ketika dihubungi Bernama.

Sementara itu, kakak mangsa Nor Amira Idayu, 15, ketika ditemui di rumah keluarga itu berkata adiknya mempelajari teknik memasang jerat ayam sejak seminggu lepas dan mahu mencuba kemahiran itu dengan memasang kabel pada kayu alang rumah mereka.

"Adik guna bangku untuk pasang kabel pada kayu alang rumah. Sebelum itu, saya tengok dia berada di luar rumah lepas itu dia masuk...tidak lama kemudian, bila saya masuk ke dapur, saya nampak dia sudah tergantung dengan kerusi kayu berada di tepinya," katanya. Ibu mangsa, Siah Che Soh, 57, berkata ketika kejadian dia dan suaminya, Yusuf Mamat, 62, sedang menoreh getah di kebun mereka kira-kira lima kilometer dari rumah sebelum didatangi seorang jiran untuk memaklumkan kejadian itu.

"Saya segera masuk ke dalam rumah dan terkejut melihat anak saya itu tergantung di dapur rumah dalam keadaan sudah tidak bernyawa," katanya.

Ketika kejadian, mangsa yang merupakan anak ke-11 daripada 12 beradik tinggal di rumah bersama dua kakaknya, seorang adik lelaki dan nenek mangsa yang berumur 87 tahun. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan