Mayat Lelaki Ditemui Terapung Di Tasik Putrajaya

Diterbitkan: Sabtu, 12 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Anggota Bomba dan Penyelamat mengeluarkan mayat seorang lelaki yang ditemui terapung di persisiran tasik berhampiran Jambatan Saujana di Putrajaya, Sabtu. Foto BERNAMA
Anggota Bomba dan Penyelamat mengeluarkan mayat seorang lelaki yang ditemui terapung di persisiran tasik berhampiran Jambatan Saujana di Putrajaya, Sabtu. Foto BERNAMA

PUTRAJAYA: Mayat seorang lelaki ditemui terapung di tepi Tasik Putrajaya berhampiran Jambatan Seri Saujana, di sini Sabtu.

Menurut seorang saksi, Muhammad Fadzlee Md Yatim, 21, beliau sedang bersiar-siar di sekitar tasik itu dan terlihat satu objek terapung pada kira-kira pukul 4.30 petang.

Katanya, beliau terkejut apabila menyedari objek itu sebenarnya merupakan mayat seorang lelaki yang berseluar biru gelap tanpa baju, sebelum meminta rakannya menghubungi polis.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Abdul Razak Abdul Majid ketika dihubungi mengesahkan mengenai penemuan mayat berkenaan.

Mayat dihantar ke Hospital Putrajaya untuk dibedah siasat, katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan