Empat Geng Ah Fatt Ditembak Mati Selepas Samun Rumah VVIP

Diterbitkan: Sabtu, 12 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Anggota polis mengusung mayat salah seorang daripada empat lelaki asing yang dipercayai anggota 'Geng Ah Fatt' yang ditembak mati selepas menyamun rumah milik orang kenamaan di Bukit Antarabangsa, Hulu Kelang awal pagi Jumaat. Polis melakukan sebuan di rumah pangsa Program Perumahan Rakyat (PPR) Jalan Ampang Putra pada 12.20 tengah hari selepas menerima maklumat orang awam. -Foto BERNAMA
Anggota polis mengusung mayat salah seorang daripada empat lelaki asing yang dipercayai anggota 'Geng Ah Fatt' yang ditembak mati selepas menyamun rumah milik orang kenamaan di Bukit Antarabangsa, Hulu Kelang awal pagi Jumaat. Polis melakukan sebuan di rumah pangsa Program Perumahan Rakyat (PPR) Jalan Ampang Putra pada 12.20 tengah hari selepas menerima maklumat orang awam. -Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Empat lelaki asing yang dipercayai anggota 'Geng Ah Fatt' ditembak mati di rumah pangsa Program Perumahan Rakyat (PPR) di Hiliran Ampang, dekat sini selepas menyamun rumah milik orang kenamaan di Bukit Antarabangsa, Hulu Kelang awal pagi Jumaat.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata polis melakukan serbuan di rumah pangsa Jalan Ampang Putra itu pada pukul 12.20 tengah hari selepas menerima maklumat orang awam.

Ketika menyerbu rumah pangsa itu, beliau berkata penjenayah menembak ke arah polis sebelum polis bertindak balas.

"Polis menemui sepucuk pistol (di tempat kejadian) dipercayai jenis Revolver dan parang yang digunakan kesemua lelaki itu yang berumur lingkungan 30 hingga 40 tahun. "Pada masa yang sama, polis juga menemui barang kemas dipercayai hasil samun di rumah di Bukit Antarabangsa yang dilakukan pada kira-kira 3 pagi tadi," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Susulan serbuan itu, beliau berkata polis menangkap seorang lelaki tempatan berusia 40-an yang dipercayai baru selesai membeli barang kemas samun itu di rumah pangsa berkenaan.

Mohmad berkata rumah pangsa itu juga dipercayai didiami seorang daripada penjenayah itu dan keluarganya selain ia dijadikan transit anggota kumpulan berkenaani untuk melakukan jenayah sebelum melarikan diri ke Batam, Indonesia.

Beliau berkata siasatan polis mendapati kumpulan itu aktif melakukan samun rumah VVIP di sekitar Kuala Lumpur dan negeri lain.

"Polis sedang mengumpul laporan yang dibuat pengadu berkaitan kumpulan yang dianggotai enam orang ini.

"Sebelum ini, mereka melakukan kes sama di rumah seorang VVIP di Kuala Lumpur dan menyamun tiga pucuk pistol," katanya.

Polis kini memburu dua lagi anggota kumpulan itu. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Isnin, 14 Ogos 2017 12:30 PM

“Mira Filzah Lemah Lembut” - Zizan Razak

Kolumnis

iklan

Iklan