Tiada Penglibatan Orang Kenamaan Dalam Kongsi Gelap - Hadi Ho

Diterbitkan: Jumaat, 11 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Hadi Ho Abdullah menafikan dakwaan kononnya terdapat penglibatan orang kenamaan dalam aktiviti kongsi gelap.

Katanya siasatan terperinci pasukan keselamatan mendapati tiada sebarang penglibatan orang kenamaan dalam mana-mana pertubuhan kongsi gelap di negara ini.

"Kedua-dua VIP (orang penting/kenamaan) atau VVIP (orang kehormat) tidak terlibat dalam sebarang pertubuhan kongsi gelap di negara ini, setakat ini... sekiranya ada bukti menunjukkan penglibatan mereka dalam pertubuhan haram ini, maka tindakan tegas akan diambil terhadap mereka," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan sidang media bersama Persatuan Malaysia Hindu Sangam di Bukit Aman di sini, Jumaat.

Hadi Ho juga berkata segelintir pertubuhan seperti Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah SeMalaysia (Pekida) merupakan pertubuhan sah di sisi undang-undang dan bukan kumpulan samseng.

Dalam perkembangan lain, Hadi Ho berkata Ops Cantas Khas menunjukkan perkembangan positif dalam membanteras jenayah berkaitan kumpulan kongsi gelap dan operasi itu akan terus dijalankan dari semasa ke semasa bagi mengekang jenayah. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan