Polis Sentiasa Ikut Prosedur Operasi Standard - KPN

Diterbitkan: Jumaat, 11 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Polis sentiasa bertindak mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) ketika menghadapi penjenayah dan oleh itu tidak timbul isu mengenai polis akan menembak penjenayah terlebih dahulu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis akan hanya membalas tembakan jika nyawa mereka diancam.

"Tidak ada, tidak ada, mana ada polisi tembak dulu, apa yang kita ikuti sekarang, kalau kita menghadapi penjenayah yang mengancam nyawa kita (polis), kita akan bertindak mengikut SOP yang ada. "Kita cuma akan akan membalas tembakan jika nyawa kita diancam," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Istiadat Penganugerahan Darjah, Tauliah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka sempena Hari Jadi Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob ke-75 di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh di sini, Jumaat.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan portal Malaysiakini berhubung kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhubung tindakan polis menembak mati penjenayah atas faktor keselamatan.

Katanya polis tidak akan mengambil tindakan menembak sekiranya nyawa mereka sebagai pasukan keselamatan tidak diancam.

Khalid dianugerahkan Darjah Cemerlang Seri Melaka (DCSM) yang membawa gelaran Datuk Wira. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan