Pesawat Komersil Terhempas di Kudat: MAS Sahkan Dua Maut

Diterbitkan: Jumaat, 11 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Sebuah pesawat komersial terhempas di sebuah kampung di Kudat pada Khamis. Dalam kejadian tersebut dua mangsa terbunuh.
Sebuah pesawat komersial terhempas di sebuah kampung di Kudat pada Khamis. Dalam kejadian tersebut dua mangsa terbunuh.

KOTA KINABALU: Malaysia Airlines (MAS) mengesahkan dua mati dalam nahas pesawat Twin Otter MASWings terhempas di Kudat pada Khamis.

Mereka ialah pembantu juruterbang Marc Joel Bansh, 23, dan penumpang Tan Ah Chai, 96.

Bansh meninggal dunia kira-kira 9 malam ini manakala Tan menghembuskan nafas terakhir kira-kira empat jam lebih awal akibat kecederaan parah.

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan MAS yang juga Pengerusi MASwings Ahmad Jauhari Yahya berkata setakat ini disahkan dua mati dan dua lagi cedera.

Beliau berkata terdapat seorang warga Filipina manakala lainnya warga Malaysia dalam pesawat itu yang membawa 14 penumpang dan dua krew.

"Kami amat sedih dengan kejadian pesawat MH3002 yang terhempas, yang berlepas dari Kota Kinabalu ke Kudat pada 2.50 petang.

"Kami mengucapkan takziah kepada keluarga dan rakan kepada yang terbunuh dan mereka yang terlibat dalam nahas ini dan kami sedang melakukan yang terbaik untuk membantu mereka dalam keadaan yang amat sukar ini," katanya dalam sidang akhbar di sini malam Khamis.

Ahmad Jauhari berkata MASwings telah membuka pusat panggilan 24 jam dan anggota keluarga penumpang yang terbabit dalam nahas itu boleh menghubungi 03-78841234 untuk sebarang pertanyaan dan maklumat.

Sejurus selepas sidang akhbar itu, Ahmad Jauhari berlepas ke Kudat untuk meninjau tempat kejadian dan melawat mangsa.

Terdahulu, pesawat MASWings, MH3002 berlepas dari Lapangan Terbang Kota Kinabalu pada pukul 2.05 petang dalam perjalanan ke sebuah daerah utara Sabah yang memakan masa 40 minit.

Pesawat berkenan terhempas ekoran cuaca buruk ketika ia cuba melakukan pendaratan pada aras 900 meter.

Laporan awal mendapati angin kencang menolak pesawat daripada mendarat di landasan.

Terdapat 16 orang dalam pesawat tersebut termasuk juruterbang.

Ini merupakan nahas pertama membabitkan MASwings di Kudat.

Keluarga penumpang pesawat itu diminta menghubungi 03-78841234 untuk pertanyaan dan maklumat lanjut.

MASWings menawarkan perkhidmatan udara di kedua-dua bandar berkenaan.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan