'Ops Cantas JSJK' Tahan 20 Individu Di Tiga Negeri

Diterbitkan: Jumaat, 11 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman menahan 20 individu yang terlibat dalam kegiatan penjualan VCD/DVD, penipuan serta pecah amanah jenayah di tiga negeri sejak Rabu lepas.

Timbalan Pengarah II JSJK Datuk Rodwan Yusof berkata jabatan itu yang memulakan 'Ops Cantas JSJK' pada 26 September lepas, turut merampas VCD/DVD haram, pil dan karton rokok bernilai ratusan ribu ringgit dalam serbuan di ibu negara, Selangor dan Negeri Sembilan berkenaan.

"Di Kuala Lumpur, kita merampas 11,106 keping VCD dan DVD; 300 keping risalah DVD; 34,729 peket ubat pelbagai jenis (376,765 biji), 915 botol ubatan pil dan cecair, wang tunai RM3,100 serta 450 karton rokok jenama Modeng yang bernilai lebih RM300,000," katanya dalam sidang media, di sini Jumaat.

Beliau berkata dalam serbuan Rabu lepas di premis penyimpanan DVD/VCD di Jalan Ipoh, Sentul itu, dua lelaki warga Bangladesh berumur 23 dan 33 tahun turut ditahan.

Rodwan berkata di Selangor, polis menahan empat lelaki termasuk seorang warga Indonesia dan merampas 919 keping DVD/VCD lucah, 10,258 DVD/VCD tanpa sijil 'B' dan wang tunai RM635 di lima premis di sekitar Subang Jaya dan Puchong, Khamis.

Beliau berkata selain mengesan dan menangkap suspek terlibat dalam kegiatan penjualan DVD/VCD, 'Ops Cantas JSJK' juga mengesan suspek terlibat kes penipuan dan pecah amanah jenayah.

"Di Negeri Sembilan, pada Rabu lepas, seramai 14 suspek berjaya ditangkap menjadikan 17 kes berjaya diselesaikan. Kesemua suspek yang ditangkap ini telah dibawa dan dituduh di mahkamah atas kesalahan di bawah Akta Penapisan Filem, pecah amanah jenayah, memiliki VCD/DVD lucah dan kes penipuan," katanya.

Rodwan berkata kesemua suspek termasuk seorang wanita, berumur 20 hingga 50 tahun itu telah dikeluarkan waran tangkap oleh mahkamah, tetapi gagal hadir untuk menghadapi pertuduhan di mahkamah.

Katanya bagi tempoh Januari hingga September tahun ini, sebanyak 354,193 kes dan rampasan VCD/DVD dilapor dengan 476 individu ditangkap.

"Mengikut pecahan, kaum Cina 290 orang, Melayu (120), warga asing (40), India (16) dan lain-lain bangsa seramai 10 orang," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan