Enam Nelayan Selamat Selepas Bot Karam Di Perairan Kudat - Berita Jenayah | mStar

Enam Nelayan Selamat Selepas Bot Karam Di Perairan Kudat

Diterbitkan: Jumaat, 11 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Enam nelayan tempatan berjaya diselamatkan selepas bot mereka karam di perairan Telaga dekat Kudat, kira-kira 190 kilometer dari sini, Khamis.

Ketua Penguatkuasa Maritim Daerah Kudat, Lt Komander Maritim Norihan Ngah berkata semua nelayan berumur lingkungan 13 hingga 59 tahun itu diselamatkan selepas tiga jam berada di laut.

"Kesemua mangsa dihantar ke Hospital Kudat untuk rawatan lanjut. Operasi mencari dan menyelamat ditamatkan pada pukul 7.30 malam," katanya dalam kenyataan, di sini Jumaat.

Nelayan terbabit dikatakan dalam perjalanan dari Pulau Tigabu ke Kudat sebelum bot mereka mengalami kerosakan enjin, katanya.

Beliau turut menasihatkan nelayan supaya berhati-hati di perairan dekat Kudat kerana keadaan laut bergelora akibat cuaca buruk dijangka berlanjutan sehingga hujung tahun ini. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan