50 Penagih Ditahan Dalam Ops Tapis Khas Narkotik

Diterbitkan: Jumaat, 11 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Polis menahan 50 suspek penagih termasuk dua wanita menerusi Ops Tapis Khas Narkotik di kawasan Jaya Gading dan Paya Bungor, dekat sini Khamis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan Supt Aziz Ahmad berkata semua suspek yang merupakan warga tempatan dan berusia antara 18 dan 59 tahun terbabit ditahan dalam operasi bermula 4 pagi hingga 6 petang.

"Ada juga yang datang sejauh dari Seri Jaya ke sini bagi mendapatkan bekalan dadah dan dipercayai tempat yang diserbu ini dipanggil sebagai 'Port Betong'," katanya kepada pemberita selepas operasi itu di sini.

Aziz berkata dalam serbuan itu polis turut merampas dadah jenis syabu dan heroin, peralatan menghisap dadah dan pelbagai senjata tajam termasuk parang dan pisau.

"Kita percaya mereka telah tiga bulan menjalankan kegiatan penagihan dan pengedaran dadah di sini, namun polis masih menyiasat dari mana sumber bekalan dadah itu diperoleh," katanya.

Katanya kesemua mereka ditahan di lokap Ibu pejabat polis daerah Kuantan dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 39A(1), 39A(2), 39B, 12(2), 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah 1983.

"Kita juga mengalu-alukan maklumat orang awam jika dapat mengesan mana-mana tempat yang dijadikan kawasan penagihan atau pengedaran dadah agar dapat diambil tindakan segera," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan