Polis Buru Dalang Pembunuhan Hussain Selepas Gagal Serah Diri

Diterbitkan: Khamis, 10 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis sedang memburu dalang kes pembunuhan pengasas Arab Malaysian Bank, Hussain Ahmad Najadi, Julai lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata tempoh seminggu yang diberikan kepada suspek untuk menyerah diri telah tamat.

Mohmad berkata suspek yang melarikan diri ke Australia gagal menghubungi polis untuk menyerah diri.

Hussain mati ditembak di tempat letak kereta tokong Kuan Yin, Jalan Ceylon di sini pada 29 Julai lalu.

Suspek, seorang penarik kereta, Koong Swee Kwan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan membunuh Hussain dan cubaan membunuh isteri pengasas itu, Cheong Mei Kuen.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan