Lelaki Mati Ditembak Ketika Sedang Minum Di Restoran

Diterbitkan: Khamis, 10 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang ahli perniagaan yang sedang minum di sebuah restoran di Kajang selepas bermain badminton, maut apabila ditembak pada jarak dekat kira-kira 10.30 malam Selasa.

Ketua Polis Selangor Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata R. Appalasamy, 47, sedang duduk di restoran berkenaan apabila seorang lelaki yang memakai topi keledar berpenutup muka penuh tiba-tiba meluru ke arahnya dan melepaskan dua das tembakan.

"Tembakan itu mengenai bahagian muka dan dada mangsa. Dia dipercayai mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala," katanya dalam sidang media di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini, Rabu.

Beliau berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Serdang dekat sini untuk dibedah siasat.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang ACP Ab Rashid Ab Wahab berkata dua suspek yang menunggang motosikal dipercayai terbabit dalam kes itu.

"Ketika kejadian dipercayai kedua-dua suspek yang memakai topi keledar 'fullfaced' datang menaiki motosikal, sebelum pembonceng belakang turun dan melepaskan tembakan pada mangsa.

"Seorang lagi suspek dikatakan menunggu di motosikal, bersedia untuk meninggalkan kawasan restoran itu," katanya ketika dihubungi di sini.

Polis masih menyiasat motif kejadian termasuk aspek persaingan perniagaan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan