Dua Penuntut Renaco Marin Maut Dalam Nahas Di Dungun - Berita Jenayah | mStar

Dua Penuntut Renaco Marin Maut Dalam Nahas Di Dungun

Diterbitkan: Khamis, 10 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

DUNGUN: Dua penuntut Institut Pendidikan dan Latihan Renaco Marin maut setelah kereta yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lagi kereta di Km 25 Jalan Paka-Bandar Al Muktaffi Billah Shah dekat Bukit Sejuk di sini Rabu.

Mereka ialah pelajar jurusan penyeliaan keselamatan Hasmadi Zainordin, 30, dari Kampung Kuin Pasir Jelawat, Bachok, Kelantan yang maut di tempat kejadian.

Manakala rakannya Mohd Rizairie Mohd Rizan, 23, dari Machang, Kelantan yang merupakan anak kepada Pegawai Operasi dan Latihan Kementerian Pertahanan, Lt Kol Mohd Rizan Mat Hasan maut ketika menerima rawatan di Hospital Dungun.

Mereka dikatakan dalam perjalanan pulang ke Kelantan sempena cuti Aidiladha.

Ketua Polis Daerah Dungun, Supt Ahmad Zailani Yaacub berkata kemalangan itu berlaku kira-kira 5.30 petang apabila kereta Proton Wira yang dinaiki kedua-duanya dikatakan terbabas dan memasuki laluan kanan sebelum bertembung dengan kereta Produa Viva yang datang dari arah bertentangan.

Kedua-dua mangsa tersepit di tempat duduk masing-masing sebelum dikeluarkan anggota bomba dan penyelamat.

Beliau berkata pemandu kereta Produa Viva itu Mohd Khairul Anuar Aliah, 19, seorang anggota polis bantuan Petronas mengalami cedera ringan. -BERNAMA

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan