Wanita Indonesia Ditemui Rentung Dalam Perigi - Berita Jenayah | mStar

Wanita Indonesia Ditemui Rentung Dalam Perigi

Diterbitkan: Rabu, 9 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR GAJAH: Seorang wanita warga Indonesia, yang disyaki melarikan diri daripada majikannya, ditemui rentung dipercayai dibakar selepas dibunuh dan dibuang ke dalam perigi sedalam kira-kira lima meter di ladang tembikai susu di Solok Menggong di sini.

Mayat Endang Mariani Muhammad Rau, 28, dari Lombok Barat, Indonesia ditemui pemilik ladang berusia 44 tahun selepas terhidu bau busuk di kawasan itu pada kira-kira 6.30 petang Isnin.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Umar Ali Saifuddin Shaharudin berkata siasatan awal mendapati mayat wanita yang rentung hampir 90 peratus itu dipercayai dibunuh di tempat lain pada Jumaat sebelum dibuang dan dibakar di dalam perigi berkenaan.

"Majikan mangsa membuat laporan polis pada Ahad lepas setelah mangsa, yang bekerja di sebuah ladang cendawan di Lendu, tidak hadir bekerja disyaki melarikan diri," katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah, Selasa.

Beliau berkata polis menahan lima individu iaitu tiga lelaki dan seorang wanita warga Indonesia serta seorang lelaki tempatan, yang merupakan kenalan mangsa, dalam dua serbuan berasingan di Semabok dan Rembia.

Umar Ali Saifuddin berkata suspek wanita yang berusia 29 tahun itu merupakan rakan serumah mangsa dan berdasarkan siasatan awal, kejadian dipercayai bermotifkan cemburu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, katanya. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan