Warga Emas Cedera Ditembak Perompak

Diterbitkan: Selasa, 8 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Seorang lelaki warga emas cedera apabila terkena satu das tembakan dilepaskan perompak yang memecah masuk rumahnya di Taman Impian, Jalan Changkat Jong, Teluk Intan awal pagi Selasa.

Yang Ho Chai, 62, cedera di tapak tangan kanannya dalam kejadian pada kira-kira 3 pagi itu.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Goh Kok Liang berkata mangsa, yang merupakan peraih buah kelapa sawit dan tinggal sendirian, bangun dari tidur sejurus terdengar bunyi di tingkat bawah rumahnya.

"Mangsa keluar dari bilik dan mendapati dua lelaki yang memakai topeng berwarna putih sedang menggeledah rumahnya," katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Beliau berkata mangsa terus mencapai sebilah parang dan cuba menyerang namun kedua-dua suspek terus meluru ke dalam sebuah bilik di tingkat bawah rumah itu.

"Mangsa turut masuk ke dalam bilik berkenaan dan mendapati seorang suspek memegang parang manakala seorang lagi memegang sesuatu yang ditutup dengan kain sambil menjerit mahu menembak tangan mangsa," katanya.

Goh berkata mangsa kemudian ditembak suspek selepas enggan melepaskan parang daripada genggamannya.

Suspek kemudian melarikan diri dengan kereta milik mangsa.

"Polis kini menjalankan siasatan dan memburu kedua-dua suspek serta mengesan kereta yang dilarikan itu," katanya.

Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan