Polis Yakin Dapat Tahan Majikan Suspek Utama Kes Pembunuhan Hussain Ahmad - Bakri

Diterbitkan: Selasa, 8 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis yakin dapat menahan majikan suspek utama kes pembunuhan pengasas Kumpulan Perbankan Arab-Malaysia (AmBank) Hussain Ahmad Najadi dengan kerjasama pihak Interpol.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata pihaknya telah memberi tempoh tertentu kepada kerajaan Australia untuk membantu menahan suspek itu.

"Setakat ini kami belum menerima sebarang maklumat daripada negara itu tetapi kami berharap dengan bantuan Interpol, penjenayah itu akan dibawa ke negara ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis Penutup Kejohanan Olahraga dan Tarik Tali Piala Ketua Polis Negara 2013 di sini, Ahad.

Selasa lepas, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata lelaki tempatan berumur 53 tahun terbabit dipercayai melarikan diri ke Australia selepas pembunuhan itu.

Pada 22 September lepas, suspek utama kes itu ditahan bersama-sama dua rakannya dalam serbuan 12.30 tengah malam di sebuah rumah di Taiping, Perak, dan pada Khamis lepas dia dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas tuduhan membunuh.

Hussain, 75, maut manakala isterinya cedera parah akibat ditembak dari jarak dekat di kawasan parkir kereta sejurus keluar dari tokong Kuan Yin Temple di Lorong Ceylon di sini pada 29 Julai lepas. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan