Polis Buru Dua Lagi Lelaki Bantu Siasatan Kes Samun Bersenjata, Larikan Gadis

Diterbitkan: Selasa, 8 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Polis memburu dua lagi lelaki bagi membantu siasatan berhubung beberapa kes samun bersenjata dan melarikan seorang gadis di bandar raya ini, Sabtu lepas.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata kedua-dua suspek itu dipercayai saki baki anggota kumpulan jenayah terbabit selepas polis menahan empat rakan mereka yang berumur lingkungan 20an di sebuah hotel bajet di Seri Alam, di sini, pada hari yang sama.

"Polis percaya dapat menyelesaikan 16 kes samun dan tujuh kes pecah rumah yang berlaku sejak awal tahun ini dengan penahanan empat lelaki terbabit.

"Sehubungan itu, pasukan khas yang ditubuhkan sedang berusaha mengesan dua yang lain dan sekiranya gagal, polis akan mengedarkan fotofit mereka bagi membolehkan orang ramai membantu polis," katanya kepada pemberita di sini, Selasa.

Mohd Mokhtar berkata berdasarkan siasatan awal, mangsa kumpulan terbabit bukan sahaja rakyat tempatan malah pelancong asing di sekitar bandar raya ini.

Mohd Mokhtar berkata dalam kejadian Sabtu itu, keempat-empat lelaki yang menaiki sebuah kereta Perodua Myvi berwarna kuning terbabit terlebih dahulu menyamun sebuah rumah di Majidee, di sini, sebelum menyamun gadis itu bersama teman lelakinya kira-kira pukul 6 pagi, di bangunan JB Waterfront, di sini.

Katanya, selepas melarikan gadis berumur 20 tahun itu, keempat-empat mereka sempat menyamun sebuah kedai serbaneka 24 jam, di Seri Alam, di sini, lalu bersembunyi di sebuah hotel bajet di kawasan berhampiran.

Polis yang menerima laporan mengenai kejadian terbabit kemudian menyelamatkan gadis itu dan menahan kesemua lelaki terbabit selepas menyerbu sebuah bilik di hotel berkenaan, 14 jam kemudian.

"Polis merampas pelbagai barangan daripada mereka termasuk tujuh telefon bimbit, 40 biji pil eramin 5, sepaket syabu, 212 unit kad prabayar pelbagai syarikat telekomunikasi, sebuah kereta, pisau dan empat parang," katanya.

Menurut Mohd Mokhtar, keempat-empat suspek yang positif dadah kini direman sehingga Sabtu ini manakala gadis berkenaan dibawa menjalani pemeriksaan kesihatan. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan