Empat Suspek Ditahan Cuba Culik Pasangan Kekasih

Diterbitkan: Selasa, 8 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BENTONG: Polis menahan empat suspek, termasuk seorang wanita, selepas mereka dipercayai menyamun sebuah kereta Proton Perdana dinaiki sepasang kekasih di sebuah hotel di sini, Ahad.

Timbalan Ketua Polis Daerah Bentong DSP Wan Azharudin Wan Ismail berkata dalam kejadian pukul 8 pagi itu, sebuah kereta peronda dari Balai Polis Goh Tong Jaya melihat dua kenderaan, iaitu Honda City dan Proton Perdana, dalam keadaan mencurigakan di tepi jalan berhampiran satu pusat peranginan di daerah ini.

Beliau berkata seorang anggota polis terbabit cuba melakukan pemeriksaan namun kedua-dua kenderaan melarikan diri sebaik melihat kehadiran kereta peronda berkenaan.

"Polis kemudian bertindak mengejar kereta terbabit namun malangnya, kereta jenis Honda City hilang kawalan lalu terbabas di tepi jalan.

"Hasil pemeriksaan ke atas kereta Honda City menemui seorang pemandu lelaki dan seorang penumpang wanita," katanya kepada pemberita.

Wan Azharudin berkata tidak lama selepas itu, sebuah lagi kereta dipercayai rakan suspek berhenti di tempat kejadian dan memaklumkan bahawa pemandu serta penumpang Honda City itu adalah rakan mereka.

Beliau berkata anggota polis terbabit mendapati dua lelaki serta seorang perempuan yang berada di dalam Proton Perdana itu mencurigakan dan mengarahkan kesemua suspek kedua-dua kenderaan dibawa ke Balai Polis Goh Tong Jaya.

"Ketika pemeriksaan dilakukan terhadap Proton Perdana itu, anggota polis terkejut melihat seorang lelaki ditemui dalam but kenderaan berkenaan.

"Sebaik dibawa keluar dari kereta itu, mangsa memberitahu disamun semasa di tempat letak kereta di sebuah hotel di pusat peranginan berkenaan," katanya.

Wan Azharudin berkata mangsa juga memberitahu perempuan yang berada di tempat duduk belakang Proton Perdana miliknya itu adalah kekasihnya.

"Sehubungan itu, keempat-empat suspek terlibat ditahan untuk siasatan lanjut dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun berkawan dan Seksyen 342 Kanun Keseksaan kerana kurungan salah," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan