Penjenayah Dikehendaki Curi Kereta Dan Pecah Rumah Ditangkap

Diterbitkan: Isnin, 7 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JERTEH: Seorang penjenayah yang diburu sejak awal bulan lalu kerana disyaki terbabit dalam kes pecah rumah dan curi kereta di Beserah, Kuantan berjaya ditangkap di Kampung Padang Luas dekat sini awal pagi Sabtu. Suspek berumur 24 tahun, yang melakukan pecah rumah dan mencuri sebuah kereta jenis Proton Satria pada 11 Sept lalu berjaya ditangkap dekat Kampung Padang Luas, Jerteh kira-kira jam 3.20 pagi.

Ketua Polis Daerah Besut Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata suspek ditahan oleh sepasukan anggota polis dari Balai Polis Jerteh yang melakukan rondaan di kawasan tersebut selepas melihat suspek dalam keadaan mencurigakan.

Katanya ketika meronda, polis terserempak suspek sedang berjalan kaki seorang diri sambil menggalas beg dan selepas diperiksa polis mendapati seunit komputer riba, seutas jam tangan dan sebentuk cincin pada lelaki itu.

"Pemeriksaan lanjut mendapati lelaki itu adalah suspek kes pecah rumah di Kuantan dan kesemua barang di dalam begnya dipercayai yang dicuri dari rumah berkenaan," katanya.

Kamaruddin berkata ketika disiasat suspek turut mengaku mencuri kereta yang dilaporkan hilang di Beserah pada 11 Sept lalu dan menyatakan dia menjual komponen dan badan kereta berkenaan kepada seorang rakannya.

Susulan itu polis menahan seorang lelaki di Semerak, Pasir Putih, Kelantan pada pagi sama iaitu rakan suspek itu.

"Bagaimanapun enjin kereta itu telah dipisahkan dan dipercayai dimasukkan ke kereta jenis sama milik suspek berusia 24 tahun dan kereta suspek kedua ini turut disita untuk pemeriksaan," katanya. Beliau berkata, kedua-dua suspek telah diserahkan kepada polis Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan untuk siasatan lanjut. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan