Dua Beranak Mati Lemas, Bot Dinaiki Dipukul Angin Kuat

Diterbitkan: Isnin, 7 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LANGAT: Seorang bapa dan anak lelakinya maut apabila bot yang dinaiki mereka bersama tiga anggota keluarga yang lain dipukul angin kuat ketika sedang bersiar-siar di Sungai Telok Mengkuang dekat sini dalam kejadian kira-kira pukul 6.40 petang Ahad.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Supt Nordin Manan berkata, mangsa pertama Hisham Hizir, 42, ditemui terapung berhampiran lokasi kejadian kira-kira setengah jam selepas insiden, dan disahkan meninggal dunia sebaik dibawa ke jeti Jalan Bandar Lama di sini.

Beliau berkata, mayat anak lelaki mangsa berumur tiga tahun, Muhammad Shammirul pula ditemui kira-kira pukul 2.45 petang ini.

"Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Banting di sini untuk dibedah siasat dan kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya kepada pemberita di sini Isnin.

Mengulas mengenai kejadian itu, beliau berkata kedua-dua mangsa bersama tiga lagi anggota keluarga sedang menaiki bot berkenaan apabila secara tiba-tiba ia menyenget akibat dipukul angin kuat.

Hisham, katanya, cuba menyelamatkan anak bongsunya itu namun kedua-duanya terjatuh ke dalam sungai.

Nordin berkata, ekoran kejadian itu satu operasi dijalankan namun dihentikan pada pukul 10.30 malam semalam dan disambung semula kira-kira pukul 8 pagi Isnin sebelum menjumpai mayat Muhammad Shammirul.

Sementara itu, isteri mangsa Rohaya Mohd Yusuf, 37, berkata ketika kejadian kesemua mereka berada di dalam bot untuk bersiar-siar dan ia merupakan kebiasaan bagi keluarga berkenaan setiap kali mempunyai masa lapang.

"Kejadian berlaku terlalu cepat, suami terjun bagi menyelamatkan anak bongsu kami yang terjatuh ke dalam air ketika bot tiba-tiba beralun dan senget tetapi keadaan air yang deras menyebabkan mereka hilang dari pandangan dengan terlalu pantas.

"Saya menenangkan diri sebelum menghubungi talian kecemasan 999. Saya kemudian berpatah balik bagi mencari suami dan anak sementara menunggu bantuan tiba dan menemui badan suami yang sudah terapung namun anak bongsu saya gagal ditemui," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan