Penyamun Jatuh Longkang, Dibelasah Orang Awam

Diterbitkan: Ahad, 6 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Malang berganda menimpa seorang lelaki berusia 34 tahun yang menyamun sebuah bengkel membaiki kereta di Bayan Baru di sini, Ahad apabila dia bukan sahaja terjatuh ke dalam longkang selepas dikejar pemilik premis itu malah turut dibelasah orang awam hingga cedera parah.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Mohd Hatta Mohd Zain berkata dalam kejadian pukul 5.50 pagi itu suspek bersama seorang rakannya memecah masuk bengkel berkenaan namun hanya sempat mengambil dua komponen alat ganti kenderaan sebelum pemiliknya yang berada di dalam bengkel menyedari kejadian itu dan mengejar mereka.

"Seorang daripada suspek terjatuh ke dalam longkang sebelum dia dipukul beberapa individu tidak dikenali manakala rakannya menghilangkan diri," katanya kepada pemberita.

Susulan kejadian itu, katanya, suspek patah tangan serta kaki selain lebam di seluruh badan sehingga terpaksa dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang dengan ambulans.

Mohd Hatta berkata siasatan lanjut mendapati suspek tiada rekod lampau bagaimanapun hasil rakaman kamera litar tertutup di lokasi kejadian mendapati dia pernah beberapa kali mencuri pelbagai barangan di bengkel sama.

Beliau berkata polis masih belum dapat merekodkan keterangan lelaki yang baru menjalani pembedahan itu kerana keadaannya masih lemah. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan