Satu Lagi Makmal Proses Dadah Di Pangsapuri Mewah Di Pulau Pinang Diserbu

Diterbitkan: Sabtu, 5 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Polis menyerbu sebuah pangsapuri mewah di Bayan Baru di sini, yang dipercayai digunakan sebagai makmal untuk memproses dadah jenis heroin.

Bagaimanapun, kedua-dua lelaki yang dipercayai merupakan anggota sindiket, berjaya melarikan diri apabila mereka mengesan polis yang cuba memasuki kawasan itu.

Difahamkan bahawa mereka membawa dua beg pakaian semasa kejadian pada kira-kira pukul 1 pagi Sabtu.

Polis yang menjalankan serbuan di sebuah unit di tingkat tujuh menemui 5 kilogram (kg) heroin, 50kg kafein, beberapa paket serbuk dan bahan kimia yang dipercayai menjadi bahan-bahan untuk menghasilkan dadah.

Polis berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana mengedar dadah yang membawa hukuman mati mandatori.

Pada 22 September lalu, polis turut menumpaskan sebuah makmal dadah di sebuah rumah kedai di Jalan Thean Teik, Air Itam dan menemui pelbagai jenis dadah iaitu 416gm methamphetamine, 7.3kg serbuk ecstasy dan 6kg serbuk ketamin bernilai RM1.2 juta.

Polis turut menemui 12 peluru dengan penahanan tiga lelaki berusia antara 37 dan 45 tahun yang telah pun didakwa di mahkamah.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan