Polis Tumpas Kegiatan Edar Dadah, Tahan Dua Pasang Kekasih

Diterbitkan: Sabtu, 5 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LEDANG: Polis percaya berjaya menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah di hotel bajet sekitar bandar ini dan Muar dengan penahanan dua pasang kekasih serta merampas sejumlah dadah bernilai RM196,800 di Kampung Pagar Laut, Kesang pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Ledang Supt Harun Idris berkata pasangan kekasih berusia lingkungan 19 dan 33 tahun itu ditahan di sebuah rumah di kampung berkenaan pada kira-kira 11.30 malam.

"Polis menahan seorang lelaki berusia 33 tahun dan dua perempuan berusia 19 serta 30 tahun di luar rumah dan menemui dadah jenis syabu seberat 26.5 gram di dalam sebuah kereta Honda Accord.

"Polis kemudian menahan seorang lagi lelaki berusia 25 tahun di dalam rumah dan menemui heroin seberat 31.12 gram dan syabu seberat 56.4 gram daripadanya," katanya kepada pemberita di sini Jumaat.

Beliau berkata selain itu, polis merampas wang tunai RM3,000, barang kemas bernilai kira-kira RM5,000, alat timbang dadah dan paket plastik untuk diisi dadah.

Harun berkata modus operandi pasangan terbabit ialah menginap dari satu hotel bajet ke satu hotel bajet lain dan menggunakan kereta bernombor pendaftaran Singapura selain menyamar rakyat asing bagi mengaburi pihak berkuasa.

Beliau berkata mereka akan menginap untuk tempoh dua hari sahaja dengan segala urusan jual beli dadah dilakukan di premis itu secara tunai atau diganti dengan barang kemas.

Suspek dipercayai aktif dengan jenayah berkenaan sejak awal tahun ini dan polis sedang menyiasat dari mana bekalan dadah diperoleh.

"Modal mereka membeli dadah itu hanya RM24,000. Harga pasaran untuk kesemua syabu seberat 82.9 gram itu adalah RM165,800 dan boleh dibekal kepada 3,500 penagih manakala heroin seberat 31.12 gram pula boleh menampung keperluan sehingga 1,600 penagih," katanya.

Harun berkata mereka juga didapati positif syabu dan ditahan reman sehingga Rabu depan untuk siasatan lanjut. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan