Dua Buah Rumah Di Setapak Hangus Terbakar

Diterbitkan: Sabtu, 5 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dua buah rumah papan di Jalan Air Panas, Setapak di sini musnah dalam kebakaran pagi Sabtu.

Seorang mangsa Lee Fong Chan, 73, berkata ketika kejadian, beliau tiada di rumah dan bergegas pulang selepas menerima panggilan daripada cucu lelakinya yang berusia 14 tahun.

"Saya tidak sempat mengeluarkan sebarang dokumen peribadi dari dalam rumah kerana api marak. Ubat-ubat darah tinggi dan lelah saya juga musnah," katanya.

Warga emas ini yang tinggal bersendirian sejak 18 tahun lepas berharap pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dapat menawarkan rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) kepadanya.

Seorang lagi mangsa, Normala Sabtu, 47, berkata ketika kejadian beliau berada di tingkat atas rumahnya sebelum mendengar jeritan anaknya dan sempat menyelamatkan diri bersama tiga anaknya.

Sementara itu jurucakap bomba berkata empat jentera bersama 28 anggota dihantar ke lokasi kebakaran sebaik menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.23 pagi dan api dapat dikawal sepenuhnya kira-kira 10.10 pagi.

Punca dan anggaran kerugian masih dalam siasatan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan