Tiga Penuntut UMK Lemas Di Hutan Lipur Lata Tembakah

Diterbitkan: Jumaat, 4 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Anggota Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Pertahanan Awam mengangkat mayat salah seorang pelajar Universiti Malaysia Kelantan yang lemas di air terjun Lata Tembekah di Besut, Terengganu, Jumaat. - fotoBERNAMA
Anggota Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Pertahanan Awam mengangkat mayat salah seorang pelajar Universiti Malaysia Kelantan yang lemas di air terjun Lata Tembekah di Besut, Terengganu, Jumaat. - fotoBERNAMA

BESUT: Kegembiraan 18 pelajar Universiti Malaysia Kelantan (UMK) untuk bermandi-manda di Hutan Lipur Lata Tembakah di Hulu Besut, dekat sini berakhir tragedi setelah tiga daripada mereka ditemui lemas, Jumaat.

Ketua Polis Daerah Besut Superintendent Kamaruddin Mohd Zakaria berkata dalam kejadian pada 1 tengah hari itu mangsa yang lemas dikenali sebagai Vicky Vikneswaran a/l Balakishnan, 21, dari Sungai Petani Kedah, Jainathan a/l Umabathy, 21, dari Ipoh Perak dan Mohanraj a/l Madhanra, 22, dari Kuala Pilah.

"Semua mayat dijumpai tidak jauh dari tempat mereka dilaporkan lemas oleh pasukan penyelam Jabatan Bomba dan Penyelamat iaitu dekat air tingkat tujuh," katanya kepada Bernama di sini.

Kamaruddin berkata mayat Vicky dan Jainathan ditemui pukul 2.20 petang dalam keadaan terapung manakala mayat Mohanraj ditemui pada 4.27 petang, kira-kira 10 meter dari tempat kejadian.

Menurut Kamaruddin, kumpulan pelajar jurusan Teknologi Bioindustri tahun ketiga kampus UMK Jeli, Kelantan itu tiba tengah hari tadi, untuk menghabiskan cuti hujung minggu berkelah di kawasan air terjun berkenaan.

Seorang rakan mangsa yang dikenali sebagai Kalai, 22, kumpulan pelajar itu tiba di kawasan air terjun, kira-kira pukul 12 tengah hari tadi.

Katanya, pada mulanya mereka bercadang untuk mandi di tingkat dua, namun mangsa beria-ria untuk mandi di tingkat tujuh kawasan air terjun berkenaan.

"Ketika kami sedang leka mandi, ketiga-tiga mangsa beredar ke tempat yang lebih dalam.

"Tidak lama selepas itu, kami melihat mereka tenggelam timbul dan kami cuba selamatkan mangsa namun gagal kerana air di kawasan itu terlalu dalam," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Panik dengan insiden yang menimpa rakannya itu, Kalai berkata mereka bergegas turun dan meminta bantuan orang ramai.

Semua mayat mangsa dihantar ke Hospital Besut untuk dibedah siasat. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan