PGA Perlis Rampas 200 Kilogram Daun Ketum Di Pinggir Tembok Sempadan

Diterbitkan: Jumaat, 4 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PADANG BESAR: Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas tujuh bungkusan daun ketum seberat 200 kilogram, yang cuba diseludup ke Thailand, berhampiran tembok sempadan dekat sini awal hari Jumaat.

Ketua Kompeni Batalion 3 PGA ASP Rosdi Ghani berkata rampasan itu dilakukan pada kira-kira 4 pagi selepas intipan di kawasan jalan keselamatan di pinggir tembok berkenaan.

Beliau berkata semasa serbuan, anggota PGA ternampak tiga suspek di kawasan itu namun mereka menghilangkan diri setelah menyedari kehadiran pasukan keselamatan berkenaan. Rosdi berkata beliau percaya bungkusan daun ketum itu akan dilambung melepasi tembok berkenaan untuk dipungut pihak lain di sebelah Thailand.

Beliau berkata pihaknya turut merampas sebuah motosikal bernombor pendaftaran Thailand serta sebatang cota yang dipercayai milik penyeludup.

Katanya, cota itu mungkin dijadikan senjata di saat mereka terdesak apabila berdepan pihak berkuasa.

Rosdi juga berharap orang ramai menyalurkan maklumat berhubung kes penyeludupan kepada PGA. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan