Enam Pelatih PLKN Kem Pinggiran Pelangi Akan Didakwa Kes Kematian Pelatih

Diterbitkan: Jumaat, 4 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ROMPIN: Kesemua enam pelatih Progam Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kem Pinggiran Pelangi di Muadzam Shah dekat sini akan didakwa pada Isnin berhubung kematian seorang pelatih.

Lima yang lain akan akan didakwa kerana turut menyebabkan kecederaan di bawah Seksyen 323 Akta yang sama.

Pendakwaan itu membawa hukuman mati mandatori manakala dakwaan menyebabkan kecederaan menyebabkan hukuman penjara maksimum setahun dan denda maksimum RM2,000 bergantung kepada sabitan.

Pembunuhan seorang pelatih itu merupakan kes jenayah yang pertama di kem PLKN sejak program itu dimulakan pada 2003, sekali gus mengejutkan seluruh negara.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superitendan, Johari Jahaya ketika dihubungi The Star mengesahkan kesemua enam suspek, berumur antara 17 dan 22 tahun, akan didakwa.

Johari berkata, tempoh reman kesemua suspek akan tamat pada Ahad.

"Kami telah menyelesaikan proses siasatan dan menyerahkan kertas siasatan kepada Jabatan Peguam Negara.

"Satu perintah untuk mendakwa telah diterima dan kesemua enam mereka akan dihadapkan ke mahkamah di Pekan bagi pendakwaan itu," katanya.

Pada masa ini, keenam-enam mereka masih ditahan di lokap Balai Polis Daerah Rompin.

Tiga suspek pertama ditahan sejurus selepas pelatih Muhammad Suhaimi Norhamidi, 18, ditemui terbaring di lantai bilir air di hostel mereka pada 22 September lalu.

Tiga pelatih lagi ditahan pada Ahad lepas bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan itu.

Muhammad Suhaimi dipercayai telah diserang oleh sekumpulan pelatih kerana memotong barisan ketika sarapan pagi.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan