Terhidu Gas Beracun, 27 Murid Dan Seorang Guru Dikejarkan Ke Hospital

Diterbitkan: Khamis, 3 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Sebanyak 27 murid dan seorang guru Sekolah Kebangsaan Batu 4, Jalan Jeniang, Gurun dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani dan Hospital Yan kerana terhidu gas beracun, Rabu.

Kejadian kira-kira 6 petang itu dipercayai berpunca daripada racun perosak serangga yang disembur pekerja sebuah ladang berhampiran sekolah itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya Kedah Datuk Tajul Urus Md Zain berkata berdasarkan makluman awal daripada Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, kejadian berlaku ketika kebanyakan murid berada di sekolah bagi sesi petang.

Beliau berkata kejadian disedari selepas beberapa murid mengadu pening kepala dan muntah-muntah.

"Mangsa dihantar ke klinik kesihatan berdekatan sebelum dirujuk ke Hospital Yan. Namun, disebabkan hospital itu masih mempunyai ramai pesakit yang dirawat akibat keracunan makanan tempoh hari, murid terlibat kemudian dihantar ke HSAH malam ini," katanya ketika dihubungi Rabu.

Tajul Urus berkata punca sebenar kejadian masih dalam siasatan manakala mereka yang dirujuk ke hospital kini berada dalam keadaan stabil.

Beliau meminta murid atau penduduk sekitar kawasan sekolah yang mengalami simptom seperti terhidu gas agar segera mendapatkan rawatan di klinik atau hospital berdekatan. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan