Wanita Ditemui Mati Di Sebuah Rumah Di Gombak - Berita Jenayah | mStar

Wanita Ditemui Mati Di Sebuah Rumah Di Gombak

Diterbitkan: Rabu, 2 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang wanita warga Indonesia ditemui mati dipercayai akibat dijerut di sebuah rumah di Kampung Changkat, Gombak dekat sini, Rabu.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Abdul Rahim Abdullah berkata wanita itu dikenali sebagai Kasmawati, 48, dari Indonesia ditemui mati oleh majikan suaminya di dalam sebuah bilik di tingkat atas rumah berkenaan pada kira-kira 12 tengah hari.

"Siasatan awal mendapati mangsa baru seminggu tiba di Malaysia dan datang ke negara ini untuk berjumpa dengan suaminya yang bekerja sebagai penjahit tudung," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Rabu.

Beliau berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu daripada tuan rumah yang juga majikan suami mangsa.

Abdul Rahim berkata siasatan awal memdapati mangsa kali terakhir dilihat bersama suaminya pada pukul 11 malam semalam dan suami mangsa dipercayai telah melarikan diri.

Punca kejadian masih disiasat, katanya. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan