Pemotong Rumput Temui Mayat Di Tepi Parit

Diterbitkan: Rabu, 2 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SANDAKAN: Seorang pekerja pemotong rumput di sini terkejut apabila menjumpai mayat seorang lelaki yang sudah reput di tepi parit berhampiran sebuah gereja di Batu 4, Kim Fung, Selasa.

Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Rowell Marong berkata mayat Christi Sidin, 43, ditemui kira-kira jam 4.10 petang dan dipercayai mati biasa tanpa unsur jenayah.

Turut ditemui di tempat kejadian ialah beg sandang serta dompet berisi kad pengenalan dan dua buah telefon bimbit milik mangsa.

Rowell berkata siasatan awal polis menunjukkan tiada kesan luka atau unsur jenayah ke atas diri mangsa.

Katanya polis telah memanggil waris atau keluarga mangsa untuk tampil membuat pengecaman di Hospital Duchess of Kent. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan