Lelaki Maut Apabila Rumah Papan Didiami Terbakar

Diterbitkan: Rabu, 2 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Seorang lelaki maut apabila rumah papan yang didiaminya terbakar dalam kejadian di Jalan Kota Tinggi dekat Ulu Tiram, awal Rabu.

Mangsa, Nagi Sakura, 40-an, berasal dari Sarawak, ditemui mati dipercayai akibat terhidu asap tebal di bilik belakang rumah terbabit oleh lapan anggota bomba yang berusaha memadamkan kebakaran.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Johor Hamid Suari berkata selain rumah Nagi Sakura, kebakaran itu turut melibatkan dua lagi rumah bersebelahan, namun enam penghuninya yang juga berasal dari Sarawak terselamat.

"Bomba menerima panggilan kebakaran pada pukul 1.45 pagi sebelum satu jentera melibatkan lapan anggota dan dua kenderaan utiliti dari Balai Bomba dan Penyelamat Johor Jaya tiba di lokasi sembilan minit kemudian," katanya ketika dihubungi di sini Rabu.

Beliau berkata kebakaran di rumah yang dipercayai berusia lebih 50 tahun itu kemudian berjaya dipadamkan sepenuhnya pada pukul 2.51 pagi. Katanya kejadian berkemungkinan berpunca dari rumah Nagi Sakura, namun pasukan forensik bomba sedang menyiasat punca sebenar.

Sementara itu, seorang wanita yang terselamat, Lika Dugas, 67, berkata dia sedang tidur dan tersedar apabila anjingnya yang digelar 'Kopi' menarik bajunya seolah-olah memberi isyarat menyuruh keluar dari rumah.

"Kopi berada di ruang tamu ketika saya masuk ke bilik tidur tiga jam sebelum kejadian.

"Saya menyuruhnya jangan menggagu tidur tetapi dia memberi isyarat seperti sesuatu sedang berlaku sebelum saya menyedari ada asap dari luar rumah," katanya yang bersyukur terselamat dalam kejadian terbabit. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan