Jabatan Imigresen Melaka Tahan 281 Warga Asing Termasuk Seorang Bayi - Berita Jenayah | mStar

Jabatan Imigresen Melaka Tahan 281 Warga Asing Termasuk Seorang Bayi

Diterbitkan: Rabu, 2 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Timbalan Pengarah Imigresen (Kawalan) Melaka Abu Bakar Sidek Hasan (berdiri kanan) memeriksa sebahagian warga asing yang ditahan dalam Ops Bersepadu 6P di sebuah tapak pembinaan di Ayer Keroh, Melaka, Rabu. -fotoBERNAMA
Timbalan Pengarah Imigresen (Kawalan) Melaka Abu Bakar Sidek Hasan (berdiri kanan) memeriksa sebahagian warga asing yang ditahan dalam Ops Bersepadu 6P di sebuah tapak pembinaan di Ayer Keroh, Melaka, Rabu. -fotoBERNAMA

MELAKA: Sebanyak 281 warga asing termasuk seorang bayi lelaki berusia empat bulan ditahan Jabatan Imigresen dalam dua operasi berasingan di sekitar Melaka pada Selasa.

Timbalan Pengarah Imigresen (Kawalan) Melaka Abu Bakar Sidek Hasan berkata daripada jumlah itu, enam wanita warga Vietnam dan enam wanita warga China berusia sekitar 20 hingga 30-an ditahan di pusat hiburan di Melaka Raya dan Malim dalam Ops Sayang bermula jam 10 malam hingga 2 pagi Rabu.

"Semua wanita tersebut dipercayai bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) dengan 11 daripadanya disyaki melanggar syarat pas, permit atau sempadan manakala seorang didapati masuk dan tinggal di negara ini tanpa pas atau permit sah," katanya kepada pemberita di sini Rabu.

Dalam operasi berasingan, beliau berkata 269 orang warga asing termasuk seorang bayi ditahan dalam Ops Bersepadu 6P membabitkan 130 anggota penguatkuasaan termasuk daripada Rela, Jabatan Pendaftaran dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia di sebuah tapak pembinaan di Ayer Keroh di sini kira-kira empat jam bermula 10 pagi.

Katanya semua warga asing yang ditahan di tapak pembinaan itu terdiri daripada seorang bayi, 32 wanita dan 110 lelaki warga Indonesia, Bangladesh (97), Pakistan (12), India (10), Myanmar (3), Vietnam (1) dan Sri Lanka (3)berusia empat bulan hingga 60 tahun.

Abu Bakar berkata 20 daripada warga asing terbabit cuba bersembunyi di bawah dua buah tangga berasingan yang dibuat khas untuk menyembunyikan diri di tingkat enam bangunan yang sedang dibina itu bagi mengelak ditahan anggota penguatkuasaan.

"Bagaimanapun semua mereka ini berjaya ditahan apabila anggota penguatkuasaan menemui bahagian bawah tangga yang disimen khas untuk menyembunyikan diri dan bertindak memecahkannya sebelum menahan mereka," katanya.

Beliau berkata kira-kira 30 warga asing sempat melarikan diri di hutan kecil berhampiran tapak pembinaan itu manakala tiga yang lain berjaya ditahan.

Katanya semua mereka yang ditahan itu disyaki melanggar syarat pas, permit dan pas sempadan dan akan dibawa ke depoh Machap Umboo Alor Gajah untuk siasatan lanjut.

Majikan juga akan ditahan bagi membantu siasatan semua warga asing yang ditahan di tapak pembinaan itu, katanya. - BERNAMA

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan