Seorang Lagi Mangsa Keracunan Tanjung Dawai Meninggal Dunia

Diterbitkan: Selasa, 1 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SUNGAI PETANI: Seorang lagi mangsa keracunan makanan kenduri kahwin di Kampung Huma, Tanjung Dawai dekat sini meninggal dunia di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini Selasa.

Pengarah Jabatan Kesihatan Kedah Dr Ismail Abu Taat berkata Wan Razali Yaakob, 56, disahkan meninggal dunia pukul 7.15 malam selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi hospital itu pagi semalam.

Katanya mangsa yang berasal dari Kampung Banggol Belau, Merbok berada dalam keadaan kritikal sejak dimasukkan ke HSAH.

Kematian terbaru ini menjadikan jumlah mangsa yang meninggal akibat keracunan makanan daripada kenduri kahwin itu meningkat kepada empat orang.

Semalam tiga mangsa meninggal dunia berikutan mengalami keracunan makanan selepas menghadiri majlis perkahwinan di Kampung Huma, Tanjung Dawai dekat sini Sabtu lepas. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan