Polis P.Pinang Tahan Lagi Anggota Kongsi Gelap

Diterbitkan: Selasa, 1 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KONGSI GELAP.. Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abd Rahim Hanafi (kanan) dan timbalannya, Datuk A.Thaiveegan menunjukkan pistol dan butir-butir peluru yang dirampas semasa mengadakan sidang akhbar di George Town pada Isnin mengenai Ops Cantas Khas baru-baru ini. Pelbagai senjata seperti pistol, senapang tiruan, parang, rotan dan pelbagai barang yang dirampas dari kumpulan kongsi gelap dalam Ops Cantas Khas itu. Tiga lelaki, termasuk dua anggota kongsi gelap yang disyaki terlibat dalam tiga kejadian tembak di negeri ini dan di Sabah Bernam, Selangor ditahan dalam dua serbuan di Kuala Kurau, Perak. -Foto BERNAMA
KONGSI GELAP.. Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abd Rahim Hanafi (kanan) dan timbalannya, Datuk A.Thaiveegan menunjukkan pistol dan butir-butir peluru yang dirampas semasa mengadakan sidang akhbar di George Town pada Isnin mengenai Ops Cantas Khas baru-baru ini. Pelbagai senjata seperti pistol, senapang tiruan, parang, rotan dan pelbagai barang yang dirampas dari kumpulan kongsi gelap dalam Ops Cantas Khas itu. Tiga lelaki, termasuk dua anggota kongsi gelap yang disyaki terlibat dalam tiga kejadian tembak di negeri ini dan di Sabah Bernam, Selangor ditahan dalam dua serbuan di Kuala Kurau, Perak. -Foto BERNAMA

GEORGE TOWN: Tiga lelaki, termasuk dua anggota kongsi gelap yang disyaki terlibat dalam tiga kejadian tembak di negeri ini dan di Sabak Bernam, Selangor ditahan dalam dua serbuan di Kuala Kurau, Perak.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, tiga lelaki berkenaan yang berusia antara 36 hingga 60 tahun itu ditahan Jumaat lepas dalam serbuan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang.

Beliau berkata, dua lelaki yang bekerja sebagai penjual kereta ditahan dalam serbuan pada pukul 1.30 pagi dan susulan itu polis menyerbu sebuah lagi rumah dan menahan seorang lelaki berusia 60 tahun yang dipercayai mempunyai kaitan dengan dua lelaki terbabit.

Dalam serbuan pertama, polis turut merampas dua pucuk pistol bersama 675 butir peluru, katanya kepada pemberita di sini, Isnin.

Abdul Rahim menambah, siasatan awal mendapati mereka yang ditahan itu mempunyai kaitan dengan dua kejadian tembak pemilik sebuah restoran Simpang Ampat dekat sini awal bulan ini.

"Kami percaya mereka mempunyai kaitan dengan kejadian tembak itu yang mencederakan enam pelanggan lelaki yang sedang minum di sebuah restoran di Taman Kasawari, 24 Ogos lepas dan seminggu kemudian pemilik restoran tempat kejadian itu juga ditembak," katanya.

Beliau berkata, selain itu, tiga lelaki berkenaan disyaki mempunyai kaitan dengan kejadian tembak di Sabak Bernam, Selangor.

"Susulan penahan tiga lelaki itu, kami percaya dapat menyelesaikan dua kes di negeri ini dan satu di Sabak Bernam. Mereka kini direman bagi membantu siastan," katanya lagi. Sementara itu Abdul Rahim juga berkata, setakat ini polis Pulau Pinang telah menyelesaikan 12 kes tembak di negeri ini dan percaya dapat menyelesaikan sembilan lagi kes juga membabitkan kejadian tembak. Dalam perkembangan lain, katanya polis Pulau Pinang menahan 491 individu dalam Ops Cantas Khas yang dijalankan sejak 17 Ogos lepas hingga semalam di seluruh negeri ini dan 80 orang daripada yang ditahan itu merupakan anggota kongsi gelap.

"Kami merampas enam pucuk pistol, 14 bilah parang, 16 batang rotan dan pelbagai jenis senjata lain. Polis turut merampas pelbagai barangan termasuk kereta," katanya.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan