Polis 'Musnahkan' Beg Yang Disangka Mengandungi Bom

Diterbitkan: Selasa, 1 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Skuad pemusnah bom polis 'meletupkan' sebuah beg bimbit yang dipercayai mengandungi bom, tetapi ia sebenarnya hanyalah beg peralatan juruelektrik yang ditinggalkan.

Pejalan kaki terlihat beg bimbit berkenaan di kaki lima di luar bangunan Yayasan Islam Terengganu sekitar pukul 10 pagi, tetapi orang ramai mula membuat spekulasi bahawa ia mengandungi bom hanya dua jam selepas itu.

"Saya melalui kawasan ini beberapa kali awal pagi ini dan kira-kira pukul 10.45 saya terperasan beg bimbit itu. Kemudian, semakin ramai orang mula berkumpul dan mula mengatakan mungkin ada bom di dalamnya," kata perunding insurans A. Munusamy, 57, yang berkerja di pejabat berdekatan.

Pihak polis kemudiannya dimaklumkan mengenai 'bom' itu pada pukul 12.30 tengah hari, dengan unit pelupusan bom dan pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat dihantar ke lokasi di Jalan Sultan Omar.

Sekumpulan besar orang ramai yang ingin tahu berkumpul di luar kawasan yang dikepung polis untuk mengetahui kandungan sebenar beg.

Sebuah robot pelupusan bom kawalan jauh yang dipanggil 'wheelbarrow' telah digunakan untuk meletupkan beg bimbit tersebut, yang kemudiannya mendedahkan beg bimbit terseut mengandungi alat elektronik berbahaya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu Asisten Komisioner K. Manoharan berkata, kes itu tidak diklasifikasikan sebagai satu penipuan bom.

"Ia hanya kes orang ramai bimbang akan beg misteri. Tetapi tindakan mereka harus dipuji kerana kita tidak boleh mengambil mudah perkara-perkara seperti ini.

"Kita mesti sentiasa berhati-hati dengan persekitaran kita ," kata ACP Manoharan pada sidang akhbar di Marang.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan