Buruh Bangladesh Maut Selepas Jatuh Dari Bangunan

Diterbitkan: Isnin, 30 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BHARU: Seorang buruh warga Bangladesh maut selepas terjatuh dari sebuah bangunan di tapak pembinaan kondominium di Kampung Cherang di sini, Isnin.

Dalam kejadian kira-kira 10.15 pagi, Mat Zahangir Sheikh Md Goni Sheikh, 34, dikatakan berada seorang diri di tingkat enam sebuah bangunan yang dalam pembinaan.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, ACP Azham Othman berkata, siasatan awal polis mendapati kejadian berlaku ketika pekerja di tapak pembinaan itu sedang berehat.

"Semasa waktu rehat pada 10 pagi, semua kawan mangsa turun untuk berehat. Mangsa berada seorang diri di tingkat enam dan enggan turun. Dia beri alasan tidak lapar dan mahu meneruskan kerja.

"Kemudian kawan-kawannya yang berada di bawah terdengar bunyi kuat seperti objek jatuh dari bangunan. Semua pekerja mendapati mangsa terbaring dan cedera parah di bahagian kepala dipercayai terjatuh," katanya dalam kenyataan di sini.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini untuk bedah siasat dan polis mengklasifikasikan kejadian sebagai mati mengejut.

"Siasatan polis di tempat kejadian tidak menemui apa-apa unsur jenayah dan ini merupakan kemalangan sendiri," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Kolumnis

iklan

Iklan