Tiga Termasuk Ibu Sarat Mengandung Maut Di Dungun

Diterbitkan: Ahad, 29 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

DUNGUN: Seorang ibu yang sarat mengandung tujuh bulan adalah antara tiga yang maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan motosikal di KM 23 Jalan Paka-Bandar Al Muktaffi Billah Shah di sini, Sabtu.

Mangsa yang terbunuh penumpang kereta, Wan Ayuzita Wan Yosof, 23, dan anak lelakinya Mohd Amizi yang berusia setahun setengah dan penunggang motosikal Mohd Nor Samat, 57.

Ketua Polis Daerah Dungun, Supt Ahmad Zailani Yaacub berkata, dalam kejadian 6.40 petang itu kereta jenis Proton Iswara yang dipandu suami mangsa dipercayai hilang kawalan selepas melalui selekoh di kawasan berkenaan sebelum berpusing-pusing lalu merempuh motosikal yang ditunggangi Mohd Nor yang datang dari arah bertentangan.

"Akibat rempuhan itu ketiga-tiga mangsa meninggal di tempat kejadian setelah mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala manakala penumpang wanita itu tersepit di tempat duduk sebelah pemandu.

"Rempuhan itu juga menyebabkan penunggang motosikal yang berasal dari Felda Kerteh 4, Dungun tercampak sejauh 10 meter," katanya ketika ditemui di Bilik Mayat Hospital Dungun di sini malam Sabtu.

Menurutnya, suami mangsa Azmi Mohamad, 41, bersama dua lagi anak saudaranya Mohd Arif Basri Adnan, 11, dan Ahmad Amizan Akmal Ibrahim, 14, hanya cedera ringan.

Katanya, semasa kejadian Wan Ayuzita bersama keluarganya dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kampung Lubuk Lesung, Kemaman.

Sementara itu, anak Mohd Nor, Mohammad Keeri, 19, berkata ketika kejadian dia bersama ayahnya dalam perjalanan pulang ke rumah selepas selesai menebas di kebun mereka di Sungai Apu pada pukul 6 petang.

Katanya, mereka menaiki motosikal berasingan dan semasa tiba di selekoh dia ternampak sebuah kereta meluru laju menghala ke arah mereka.

"Saya lihat kereta itu langgar ayah namun saya tidak mampu berbuat apa-apa kerana terlalu terkejut," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan