Peserta Paramotor Maut Terhempas di Pulau Indah

Diterbitkan: Sabtu, 28 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PELABUHAN KLANG: Seorang peserta pertandingan paramotor maut apabila terhempas di Pulau Indah di sini, Sabtu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Mohamad Mat Yusop berkata Kamarul Arissin Lo, 35, terhempas ketika mengendalikan paramotor dalam pertandingan Paramotor Precision International Majlis Perbandaran Klang.

"Berdasarkan laporan yang kita terima, mangsa maut di tempat kejadian kira-kira 9.30 pagi ini dan kes disiasat sebagai mati mengejut," katanya kepada pemberita di sini.

Difahamkan, Kamarul menyambut hari lahirnya hari ini.

Mohamad berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang dekat sini untuk bedah siasat. -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan