Penjenayah Larikan Mesin ATM, Ikat Pengawal Keselamatan

Diterbitkan: Sabtu, 28 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JEMPOL: Sekumpulan penjenayah bertindak mengikat seorang pengawal keselamatan yang dipercayai baru tiga hari bekerja sebelum melarikan sebuah mesin pengeluar wang automatik (ATM) di sebuah pasar raya di Bahau awal pagi Sabtu.

Kejadian itu disedari seorang pekerja di pasar raya berkenaan yang datang bertugas sekitar pukul 6 pagi Sabtu, yang terkejut apabila mendapati pengawal keselamatan berkenaan terduduk dan diikat pada bahagian mulut, mata, tangan serta kakinya.

Difahamkan mesin ATM berkenaan mengandungi wang tunai sebanyak RM360,000 yang dipercayai baru dimasukkan pada Jumaat bagi urus niaga kemudahan pengguna.

Buat masa ini, pihak polis masih menjalankan siasatan di lokasi kejadian serta berusaha mengesan jumlah suspek yang terlibat, selain jenis kenderaan yang digunakan untuk melarikan sebuah mesin ATM di pasar raya berkenaan.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan