Bekas Tahanan Simpang Renggam Ditemui Dibunuh Dengan Kejam

Diterbitkan: Sabtu, 28 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SIBU: Seorang lelaki bekas tahanan Simpang Renggam ditemui mati, dipercayai dibunuh dengan kejam, di Jalan Oya Lama pagi Sabtu.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Shafie Ismail berkata mangsa dikenali sebagai Ting Liong Kwong, 38.

"Mayatnya ditemui dalam sebuah van yang dipercayai ditinggalkan di kawasan itu sejak semalam.

"Polis telah mendapat maklumat daripada orang ramai pada jam 9 pagi," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata pemeriksaan awal polis menemui kesan tusukan benda tajam pada muka dan badan mangsa namun tiada kesan pergelutan. Shafie berkata polis percaya mangsa telah mati dalam 12 jam lepas dan siasatan lanjut akan dijalankan bagi menentukan sama ada mangsa dibunuh dalam van atau di tempat lain, serta puncanya.

"Kita akan menyiasat kes di bawah Seksyen 302 kanun Keseksaan. Polis akan menunggu laporan bedah siasat untuk mengenal pasti punca kematian dan jenis senjata yang diguna," katanya.

Beliau juga berkata tiada nombor pendaftaran dan cukai jalan ditemui pada van itu, yang dilapor hilang di Sibujaya pada 12 April lepas. -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan