Polis Sarawak Rampas Senjata Api, Tahan Lelaki Disyaki Pengedar Dadah

Diterbitkan: Jumaat, 27 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Polis Sarawak merampas beberapa senjata api yang dipercayai diseludup dari negara jiran berikutan penahanan seorang lelaki tempatan, disyaki pengedar dadah, dan teman wanitanya di kawasan MJC, Batu Kawa di sini Khamis.

Pesuruhanjaya Polis Sarawak Datuk Muhammad Sabtu Osman berkata sepasukan anggota polis cawangan jenayah berat (D9) Jabatan Siasatan Jenayah negeri menahan suspek berusia 37 tahun itu, yang memiliki rekod jenayah dan pernah menjadi pelatih di Pusat Pemulihan Akhlak Simpang Renggam, Johor selama dua tahun sehingga 2008, dan pasangannya yang berusia 23 tahun.

"Ekoran tangkapan itu, pihak polis menemui beberapa barang yang menyalahi undang-undang di sebuah rumah di Kampung Tembawang, Sauh, Bau dekat sini," katanya pada sidang akhbar di sini, Jumaat.

Antara barang yang dirampas ialah dua pistol bersama magazine berisi peluru galas bebola dan silinder gas, satu laras 'air rifle', sebilah pedang, dua bilah pisau, dua unit alat renjatan elektrik serta tiga unit penyembur lada.

Turut dirampas ialah dua paket plastik lut sinar mengandungi dadah jenis ketamin dan ketulan hablur kristal disyaki syabu, enam pil disyaki ekstasi dan dua alat penimbang.

Muhammad Sabtu berkata polis juga menahan dua lelaki berumur 47 dan 41 tahun bagi membantu siastan mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata Api 1960, Seksyen 7(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 serta Seksyen 39(A)(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Kesemua suspek ditahan reman empat hari untuk siasatan lanjut, katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan