Lelaki Buat Dan Jual Senapang Angin Diberkas

Diterbitkan: Jumaat, 27 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SIBU: Polis Sibu memberkas seorang lelaki yang dipercayai menjalankan kegiatan membuat dan menjual senapang angin dalam serbuan di sebuah rumah di Jalan Abang Barieng, di sini petang Rabu.

Menurut Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Shafie Ismail suspek berusia 52 tahun itu juga merupakan bekas tahanan yang dibuang daerah ke Belaga pada 2004 kerana kesalahan dadah namun melarikan diri selepas enam bulan.

"Dia kemudian ditangkap di sini pada 2005 dan dijatuhi hukuman penjara selama tiga tahun sebelum dibebaskan pada 2008," katanya dalam sidang media di sini Khamis.

Menurut Shafie dalam serbuan pada Rabu, polis menemui dua senapang angin buatan sendiri, dua pedang samurai dan sejumlah besar bebola besi di rumah itu.

Polis kini menyiasat siapa pembeli senapang angin buatan suspek, katanya.

Mengulas Ops Cantas Khas, Shafie berkata sehingga hari ini polis menahan 253 orang yang terbabit dalam pelbagai kesalahan. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan