Isteri Anggota Polis Maut Digilis Lori Simen

Diterbitkan: Jumaat, 27 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Isteri seorang anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul maut selepas digilis sebuah lori simen di Jalan Sentul berhampiran Pusat Komersial Sentul Boulevard di sini.

Dalam kejadian 2.30 petang itu, mangsa, Siti Rohani Mohamad, 30, maut di tempat kejadian selepas motosikal yang ditunggangnya dipercayai bergesel dengan lori simen tersebut.

Ketua Trafik Kuala Lumpur ACP Rusli Mohd Noor ketika dihubungi berkata ketika kejadian, mangsa sedang dalam perjalanan untuk menjemput anaknya di sebuah sekolah berdekatan lokasi kejadian.

Rusli berkata, pemandu lori terbabit ditahan bagi membantu siasatan.

Mayat mangsa yang berasal dari Kerdau, Temerloh Pahang dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Sementara itu, suami wanita tersebut, Koperal Azli Sham, 32, dari Bahagian Risikan Jenayah (D4) IPD Sentul ketika ditemui di HKL berkata beliau menghubungi isterinya tengah hari tadi meminta menjemput anak mereka dari sekolah.

"Kira-kira 20 minit kemudian, ada orang awam buat panggilan dan beritahu isteri saya kemalangan..Saya bergegas ke tempat kejadian.

"Tiba di lokasi kejadian, saya lihat isteri terperosok bawah tayar lori," katanya sedih. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan